Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MARA Tidak Mampu Taja...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mampu menaja semua pelajar Malaysia...

Benteng Batu Selamat Kejadian...

KUALA PERLIS - Benteng batu yang dibina di sepanjang pesisir pantai di sini...

PKPD Di Pusat Bandar...

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 akan dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala...

Cuaca Musim Sejuk Mungkin...

KUALA LUMPUR - Keadaan cuaca musim sejuk di selatan Lautan Hindi mungkin mengganggu...

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

SHAH ALAM – Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rakaman berdurasi pendek itu di muat naik oleh pemilik akaun Instagram dikenali act431_775 yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian separuh bogel telah berteriak memanggil pelajar berkenaan sebelum bertindak menampar, menendang dan memukul mereka bersama rakannya.

act431_775 berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Video dan entri yang dimuat naik itu menerima banyak tontonan dan pelbagai reaksi serta komen dari warganet terutama artis tanah air.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, “Gangster kampung, selamat bermalam dan menjadi lauk pari masak dalam lokap ya sayang”.

Tidak ketinggalan di ruang komentar, pelakon Wak Doyok turut mempersoalkan tindakan lelaki itu terhadap pelajar tahfiz yang disifatkan keterlaluan.


“Kejap je ni dapat cari, apa salah anak- anak tahfiz sampai diperlakukan sedemikian rupa,” tulisnya.

“Allahuakbar, kau rasa besar sangat ‘lepuk’ budak-budak tahfiz ya. Tak mengapa, kau tunggu nasib kau nanti. Ingat kau boleh lepas,” kata pelakon, Zulhuzaimy yang turut berkongsi reaksi sama pada komentar berkenaan.

Berkongsi pandangan yang sama Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan kejadian dari pihak polis.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori