Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masjid Dibina Di Ibu...

ATHENS - Buat pertama kali dalam hampir dua abad, sebuah masjid bakal dibina...

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Speaker...

Isteri Mati Dipercayai Ditetak...

KINABATANGAN - Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan...

Lelaki Belasah Isteri Dalam...

PENJAWAT awam yang mencederakan isterinya di dalam lif pada empat tahun lalu, hari...

Rayuan MB Kedah Kes Saman Fitnah Ditangguh

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung saman berkaitan kenyataan fitnah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika prosiding dalam talian, Hakim Datuk Lee Swee Seng memberitahu peguam terbabit bahawa pihak mahkamah tidak dapat mendengar rayuan hari ini memandangkan mereka perlu menghadiri mesyuarat pada jam 3 petang.

Terdahulu mahkamah mendengar beberapa rayuan kes lain di sebelah pagi, yang berlarutan hingga jam 2 petang dan mahkamah mempunyai dua lagi kes perlu didengar hari ini termasuk rayuan Muhammad Sanusi.

Swee Seng bersama dua lagi panel hakim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kemudian mengarahkan supaya pengurusan kes diadakan esok bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.

Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Muhammad Sanusi membayar RM50,000 sebagai ganti rugi selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran turut memerintahkan Muhammad Sanusi menulis permohonan maaf kepada plaintif di laman Facebook milik defendan dalam tempoh 14 hari dan memerintahkan defendan membayar kos tindakan guaman kepada plaintif berjumlah RM15,000.


Mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi yang menegah defendan atau ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap plaintif pada masa depan.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi tujuh minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk tertera nama plaintif.

Peguam Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu mewakili Muhammad Sanusi, manakala Mahfuz diwakili peguam Noorazmir Zakaria.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori