Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pahang Lulus 73 Permit...

LIPIS - Kerajaan negeri meluluskan permit penggunaan tanah seluas 146 hektar kepada 73...

Pistol Dalam Kereta, Safee...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil kenyataan pemain bola sepak Safee Sali dalam...

125,216 Syarikat Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

‘Jam 8.30, Mereka Belum...

SEORANG lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya...

Rokok, Vape: KKM `Tegur’ Noh Salleh

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai dan di pentas persembahan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perbuatan itu menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata, dari sudut kesihatan, perbuatan merokok atau menghisap vape sememangnya mendatangkan kemudaratan kepada perokok dan orang di sekeliling mereka.

“Sebagai seorang selebriti, tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan.

“Oleh itu, sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkah laku baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat.

“Ini juga selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Menurut beliau, pihaknya menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, vokalis Hujan, Noh Salleh menimbulkan kontroversi apabila dilihat memegang sebatang rokok ketika muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) di ibu negara.

Noh juga dilihat membuat aksi cuba meminta pemetik rokok daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok tersebut di mulutnya.

Biarpun tidak dinyalakan, penampilan penyanyi berusia 38 tahun itu tetap tidak disenangi banyak mata kerana kelakuan yang disifatkan tidak sesuai dilakukan dalam acara nasional.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori