Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Guru Tidak Perlu Pakai...

PETALING JAYA – Golongan pendidik, khususnya para guru tidak lagi perlu memakai pelitup...

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab...

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri...

Noh Omar Cabar Kit...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim...

Padah Lakukan Seks Depan...

FLORIDA - Padah melakukan seks di khalayak ramai, akhirnya seorang lelaki dihukum penjara...

Sebutan Semula Kes Lelaki Bunuh Isteri, Bayi 19 September Depan

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan tarikh 19 September depan sebagai sebutan semula kes dihadapi seorang lelaki yang didakwa membunuh isteri dan bayi lelakinya, bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim menangguhkan kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Arif Marzuki yang memaklumkan memerlukan masa kira-kira sebulan lagi.

Muhammad Arif menjelaskan kepada mahkamah bahawa pihaknya perlukan sedikit masa kerana masih belum memperolehi laporan kimia, laporan bedah siasat dan laporan psikiatri tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd. Adam, 24.

“Hari ini ditetapkan untuk status laporan kimia, bedah siasat dan psikiatri, namun laporan-laporan belum diperolehi. Saya mohon tarikh untuk sebutan semula dalam sebulan,” katanya.

Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak hadir ke mahkamah, namun dia diwakili peguam Munirah Najihah Shaari yang memberitahu mahkamah bahawa beliau baharu dilantik pihak tertuduh.

Difahamkan, Mohamad Amir Nazri tidak hadir ke mahkamah pada hari ini kerana masih dirujuk di Hospital Permai, Kempas, di sini bagi rawatan psikiatri.


Turut kelihatan di luar bilik mahkamah adalah keluarga tertuduh dan mangsa.

Pada 18 Julai lalu, Mohamad Amir Nazri dituduh di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari.

Perbuatan yang didakwa dilakukan di rumah keluarganya dekat Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu di sini, pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan insiden yang mengejutkan itu apabila suspek bertindak mengelar leher isteri dan anak tunggalnya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori