Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pecah Rekod Terbesar 42,200...

MINA - Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah...

RTM Lakukan Pembaharuan Siaran...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha menjadi saluran berita 24 jam, Radio Televisyen Malaysia...

Budak Baling Batu Di...

SUNGAI PETANI - Tindakan empat remaja lelaki dipercayai terlibat dalam perbuatan baling batu...

Gambar: Rumah Nenek Neelofa...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui yang selebriti cantik Neelofa atau nama sebenarnya Noor...

Sepanyol Beri Bantuan Bulanan AS$410 Kepada Pelarian Ukraine

ANKARA – Pelarian Ukraine di Sepanyol akan menerima bantuan kerajaan berjumlah €400 (AS$410) sebulan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bantuan itu akan diberikan kepada rakyat Ukraine yang telah mendapat perlindungan sementara di Sepanyol dan tidak mempunyai masalah kewangan, lapor Agensi Anadolu.

Kerajaan meluluskan dekri Diraja pada Isnin, menurut Kementerian Kemasukan, Keselamatan Sosial dan Migrasi.

Tambahan €100 (AS$102) akan diberi untuk setiap tanggungan bawah umur.


Bulan lalu, menurut kerajaan lebih 130,000 pelarian dari Ukraine mendapat perlindungan sementara di Sepanyol sejak konflik dengan Rusia tercetus.

Menurut data terkini Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hampir 10 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran sejak konflik bermula pada 24 Februari.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori