Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tsunami Melayu Sentimen Pembangkang...

TASEK GELUGOR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tsunami Melayu sebagai satu...

Lebih 1,500 Penunggang Dapat...

KUALA LUMPUR - Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi keceriaan kepada lebih 1,500...

Lelaki Balas Dendam Jadikan...

BERANG kerana ternakan mati dimakan seekor ular, seorang lelaki bertindak menjadikan ular itu...

Most Beautiful Face: Emma...

Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan...

Setiausaha Agung MUDA Kena Dakwa Esok

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok membabitkan perhimpunan berkaitan isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengesahkan demikian menerusi ciapan Twitter, Amir memeberitahu pendakwaan ke atasnya susulan himpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’ yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini dua minggu lalu, akan dibuat mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Baru dihubungi oleh peguam, esok jam 9 pagi saya akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur. Ia berkaitan himpunan #ManaKapalLCS,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, kumpulan penganjur yang menggelarkan diri mereka Jawantankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataannya, menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku yang berlaku.


Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pelaksanaan perhimpunan itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Hasil pemerhatian yang dibuat, kira-kira 60 individu terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar, ahli politik dan beberapa individu menyertai perhimpunan itu yang telah dan belum dikenal pasti.

Difahamkan, seramai 13 individu telah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • muda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori