Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bekas Tempat Peliharaan Haiwan...

SEREMBAN: Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kini semakin licik dengan menjadikan sebuah bekas...

Tiga Mayat Ditemui, Ramai...

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih...

Kadar Zakat Fitrah Di...

KOTA KINABALU - Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah pada...

Ibu Tergamak Bakar Bayi...

SEORANG ibu muda tergamak membakar bayinya sendiri di tengah-tengah jalan yang sunyi.Kejadian malang tersebut dilaporkan...

Siapa Akan Ambik Alih Peranan Perang Siber Najib?

Perlu diakui bahawa Najib Razak sejak 9 Mei 2018 selepas dijatuhkan angkara fitnah dan tipu daya telah menjalani transformasi sahsiah yang cukup hebat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Daripada seorang yang sekadar berdiam diri apabila diserang musuh politik menjadi sosok paling bijak dan agresif menepis kebejatan seteru politik.

Malah tiada siapa boleh menidakkan aura ‘bossku’ Najib Razak yang menjulang semula Barisan Nasional (BN) daripada kekalahan PRU-14.

Kemampuan beliau mematahkan setiap tohmahan dilemparkan musuh menjadikan Najib Razak ‘aset’ paling berharga buat BN.

Kerana beliau merupakan bekas Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang menguruskan negara di zaman kegemilangan pembangunan Malaysia.

Saksikan bagaimana Najib Razak berjaya mengugat gerakan pembangkang mencipta propaganda baharu menggunakan isu LCS.

Rakyat akhirnya mengetahui bahawa kelewatan projek tersebut bukan disebabkan oleh BN seperti yang cuba dinaratifkan oleh PH dan PN.

Sebaliknya disebabkan oleh politik melampau PH menukar hampir semua pengurusan projek itu sebelum membekukan projek tersebut.

Sebab itu PH dan PN ‘bergumbira’ Najib Razak dipenjarakan kerana satu-satunya individu mampu menyekat muslihat mereka telah berjaya dipadamkan.


Justeru, persoalan terbesar dihadapi BN ketika ini siapa dalam kalangan pemimpin BN mampu melakukan apa yang Najib Razak lakukan.

Jika tiada siapa antara mereka yang ada keberanian malah kemampuan melakukannya, mungkin BN sudah boleh dianggap berkubur sebelum mati.

Apakah pemimpin BN bersedia untuk menerima hakikat itu atau akan bangkit bersama untuk meneruskan aura ‘bossku’ masa menentukan.

Usah menaruh harapan kepada kumpulan pemimpin BN yang menjadi menteri kerana tiada langsung suara mereka mempertahankan ‘bossku’.

Barangkali mereka melihat pemenjaraan Najib Razak sebagai ‘advantage’ kepada untuk terus berjawatan menteri meskipun ia bermaksud BN akan lebur.

Mungkin juga bagi mereka kepentingan BN adalah ‘optional’ kerana yang lebih penting adalah kepentingan diri mereka.

Hanya jauhari mengenal manikam.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori