Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PTPTN Bantu Penuntut UMK...

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih...

Zahid Mahu Wee, Annuar...

KUALA LUMPUR - Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

Pendapat Cuma Spekulatif, 1MDB...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas Datuk Seri Nazir Razak atas...

Penduduk Berhampiran Pantai, Tanah...

Kuala Nerus : Fenonena air pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pantai negeri...

Sindiket Jadikan Kondo Tempat Simpan Dadah Terbongkar

Kuala Lumpur : Menjadikan kondominium yang dikawal oleh pengawal keselamatan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, taktik sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di Utara Semenanjung dan Lembah Klang itu terbongkar hasil beberapa siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, antara jam 2.15 petang Khamis sehingga jam 10 malam Jumaat lalu.

Dalam serbuan Op Ophelia itu, tiga serbuan dilakukan di sebuah hotel di Kampung Baru dan kondominium di Jalan Ampang, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai tujuh individu ditahan dan pelbagai dadah bernilai RM112,500 dirampas.

“Dua lelaki dan seorang wanita berusia 32 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan pertama di lobi hotel. Lanjutan itu, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan di dalam bilik hotel dan polis merampas satu kilogram (kg) dadah jenis ganja serta 958 gram syabu.

“Penahanan suspek itu membawa kepada serbuan ketiga di sebuah kondominium dan menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 27 tahun serta merampas 30 kg ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Azmi berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit aktif sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kondominium dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah.

Katanya, siasatan juga mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari negeri di Utara Semenanjung lalu dihantar ke Kuala Lumpur untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Semua suspek tidak bekerja dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, semakan juga mendapati enam suspek memiliki rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 26 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori