Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benarkan Rosmah Periksa...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor boleh memeriksa...

Pesatuan Peneroka Minta SPRM...

PUTRAJAYA — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada...

Campak Bayi: Pasangan Kekasih...

GEORGETOWN - Seorang pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai mencampakkan...

Jangan Terpengaruh Manifesto Pakatan...

KUALA LUMPUR – Pengundi seharusnya tidak terkeliru dengan manifesto Pakatan Harapan yang diketahui...

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Dilumpuhkan

Shah Alam : Empat aktiviti penyelewengan barang kawalan subsidi bahan api diesel dengan nilai keseluruhan RM507,142 dilumpuhkan di Semenyih, Kota Damansara, Kapar dan Puchong, minggu ini hasil kerjasama strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Mohd Khairi Jamaludin berkata, pihaknya menerima empat kes serahan itu daripada PDRM membabitkan tiga kes pada 9 Ogos lalu dan satu kes, semalam.

Mohd Khairi berkata, daripada empat kes terbabit, 15 individu ditahan.

“KPDNHEP Selangor akan meneruskan siasatan lanjut ke atas keempat-empat kes terbabit untuk mengenal pasti individu atau mana-mana pihak yang terbabit secara langsung di dalam aktiviti bersindiket ini.

“Menerusi operasi itu juga, 26,500 liter diesel subsidi disita membabitkan sembilan buah lori yang disyaki digunakan bagi tujuan penyelewengan.


“Secara keseluruhan, nilai rampasan dianggarkan RM507,142 bagi empat kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20 (1), Subseksyen7(4) , Seksyen 21 dan Peraturan 12A di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kebanyakan kes penyelewengan yang dihasilkan ini, bekalan diesel dipercayai diperolehi daripada stesen minyak yang berdekatan.

“KPDNHEP Selangor akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana stesen minyak yang bersubahat dengan sindiket-sindiket terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori