Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara...

FAM: Hentikan Budaya Merompak

PENAJA utama The Red Warriors memulakan perang perubahan terhadap FAM sebagai episod baharu...

Cederakan Lelaki Guna Parang,...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pengerusi EMGS Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed...

Singapura ‘Halalkan’ Hubungan Seksual Sesama Lelaki

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan bahawa negara itu akan memansuhkan undang-undang era penjajah, Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura yang bakal menyaksikan hubungan seks sesama lelaki dibenarkan di negara itu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hsien Loong berkata, perkahwinan sesama jenis bagaimanapun kekal diharamkan di republik itu.

“Hubungan seks secara rela antara lelaki tidak seharusnya dianggap sebagai jenayah. Tiada alasan untuk mendakwa individu yang melakukannya atau menjadikannya satu jenayah.

“Saya percaya (pemansuhan) ini adalah perkara yang sepatutnya dilakukan dan sesuatu yang akan diterima sebahagian besar rakyat Singapura.

“Ini akan membawa undang-undang tersebut selaras dengan adat sosial semasa dan saya berharap ia dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan gay di negara ini,” katanya dalam ucapan dasar tahunan, Perhimpunan Hari Kebangsaan yang disiarkan di televisyen tempatan.


Sementara itu, Hsien Loong berkata, pemerintah tidak akan mengubah definisi undang-undang negara bagi perkahwinan iaitu antara lelaki dan perempuan, justeru, ia akan diperketatkan bagi melindungi maksud tersebut.

“Kami akan melindungi definisi perkahwinan seperti yang termaktub dalam Akta Tafsiran dan Piagam Wanita daripada dicabar secara Perlembagaan di mahkamah. Kami perlu meminda Perlembagaan untuk melindunginya dan akan bertindak demikian,” kata Hsien Loong menerusi akaun Twitter rasminya.

Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura diisytiharkan pada 1938 oleh kerajaan kolonial British apabila Singapura menjadi tanah jajahannya.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun bagi pelaku hubungan seksual sesama jenis meskipun secara rela, antara orang dewasa dan dilakukan secara tertutup.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori