Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Masyarakat India Boleh Melabur...

KUALA LUMPUR - Masyarakat India di negara ini boleh membuat pelaburan Amanah Saham...

Warga Emas Jaga Anak...

KEBIASAANNYA anak-anak akan menjaga ibu bapa mereka apabila mereka sudah menginjak ke usia...

Berita Mr Os Meninggal...

SATU berita mengejutkan yang dikongsikan ramai pihak tentang pemergian bintang komedi, Mr Os atau...

Kaji Semula Penghapusan Subsidi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula penghapusan subsidi pendidikan di sekolah...

Sultan Johor Pertimbang Penyelarasan Cuti Hujung Minggu

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini membentangkan hasil dapatan tentang penyelarasan hari cuti hujung minggu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembentangan hasil dapatan kepada Sultan Ibrahim bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan baginda dalam perkara berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Hari ini patik telah membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Tuanku Sultan Johor.

“Insya-Allah Tuanku akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook rasmi miliknya.

Sebelum ini, Onn Hafiz memberitahu, penyelarasan hari cuti hujung minggu Johor akan memberi kesan kepada 93 peratus rakyat negeri ini yang majoriti merupakan pekerja sektor swasta.


Keputusan itu nanti juga bakal melibatkan seramai 576,691 murid dan pelajar di seluruh negeri ini.

“Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor dengan majoritinya, iaitu 93 peratus adalah sektor swasta,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Onn Hafiz memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti hujung minggu negeri berkenaan yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Kajian itu dibuat ekoran terdapat keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan selain bagi memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori