Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,023 orang...

Wanita Belah Perut, Curi...

MEXICO CITY - Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan...

Penoreh Didakwa Edar Lebih...

JITRA - Seorang penoreh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

Nenek Maut Digilis Kereta...

GUA MUSANG - Seorang wanita warga emas ditemui maut dipercayai digilis kereta api...

Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Negara

GEORGETOWN : Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menambah baik sistem kesihatan awam negara kerana berdepan ancaman lima penyakit berjangkit iaitu Covid-19; tangan, kaki dan mulut (HFMD); cacar monyet; influenza dan virus Marburg yang kini melanda serta menjejaskan sebahagian besar daripada penduduk dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, Malaysia turut tidak terlepas daripada ancaman berkenaan memandangkan beberapa penyakit berjangkit itu turut dikesan di sini.

”Dalam kes lima penyakit berjangkit yang mengancam negara kita, pihak berkuasa perlu mengambil langkah untuk membendung penyakit itu.

”Ini boleh dilakukan dengan menyediakan akses kepada langkah-langkah kebersihan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kemajuan dalam kesihatan awam bukan hanya untuk memberikan tumpuan kepada wabak penyakit, tetapi untuk membendung penyakit.

Jelasnya, perkara itu boleh dilakukan dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti penyakit untuk tempoh tertentu dan memastikan penyakit ini tidak berjangkit melalui hubungan rapat.


Dalam pada itu katanya, CAP turut menggesa KKM dan pihak berkuasa berkaitan mengambil beberapa langkah segera antaranya menyelenggara tandas awam supaya penularan penyakit bawaan air dapat dibendung.

”Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memastikan terdapat kemudahan air yang mencukupi di kawasan awam untuk pengguna mencuci tangan mereka dengan kerap.

”Satu sistem pelupusan yang mencukupi perlu disediakan di tempat awam bagi pelupusan barang tercemar seperti pelitup muka, sarung tangan dan kertas tisu serta mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim,” katanya.

Selain itu Mohideen berkata, kempen bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan kebersihan yang betul dalam komuniti juga perlu terus dijalankan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori