Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda Sokong PAS Rampas...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Ipoh Timur menyambut baik pengumuman Jawatankuasa PAS Pusat...

Felda Vs Ladang Rakyat.....

Kadangkala, biarlah fakta menerangkan segala-galanya..Di sisi pembangkang segala usaha dilakukan kerajaan adalah tidak...

Bersangka Baik Ibu Bapa...

SHAH ALAM - Masyarakat perlu bersangka baik dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang...

Perak Lulus Belia 18...

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang...

Tambang Feri Ke Langkawi Naik Esok

ALOR SETAR: Selepas 15 tahun, harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan dinaikkan bermula esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata kenaikan harga tambang itu untuk menampung kos gaji pekerja yang semakin meningkat, selain kos minyak diesel yang naik RM4.17 seliter pada tahun ini berbanding hanya 83 sen pada 2007.

Beliau berkata, Konsortium Ferry Line Ventures adalah gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang yang terbesar di negara ini.

Katanya, tambang asal feri pergi dan balik dari Kuala Perlis ke Langkawi sebelum ini RM18 untuk dewasa bagi pelancong tempatan dinaikkan RM3 menjadi RM21 seorang, manakala kanak-kanak pula RM13 dinaikkan menjadi RM16.

“Namun bagi penduduk yang menetap di Langkawi pula, harga tiket masih kekal RM15 (dewasa) manakala kanak-kanak RM10.

“Bagi orang kurang upaya (OKU) masih kekal RM10 dan warga emas berusia 60 tahun ke atas pula harga tiket turut kekal RM13 seorang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baharin berkata, harga asal tiket untuk pelancong bukan warganegara pula sebelum ini RM18 (dewasa) dinaikkan RM9, menjadikan harga baharu RM27, manakala kanak-kanak RM19.50 berbanding harga asal RM13 seorang.


Beliau berkata, penumpang feri yang naik dari Kuala Kedah pula perlu membayar tiket feri pada harga baharu iaitu RM26.50 (dewasa) berbanding harga asal RM23 seorang (warganegara).

“Bagi kanak-kanak warganegara pula, harga tiket dinaikkan RM3.50 menjadi RM20.50 berbanding harga asal RM17 seorang.

“Namun bagi penduduk Langkawi iaitu dewasa dan kanak-kanak masih kekal RM20 dan RM14 seorang, manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas masih kekal RM17 dan OKU juga kekal RM14,” katanya.

Baharin berkata, harga tiket feri untuk pelancong bukan warganegara pula dinaikkan menjadi RM34.50 daripada harga asal RM23, manakala kanak-kanak bukan warganegara RM25.50 berbanding harga asal RM17.

Beliau berkata, kali terakhir tambang feri Langkawi dinaikkan pada 15 Disember 2007 iaitu 15 tahun lalu iaitu kenaikan RM5 bagi perjalanan Kuala Kedah, manakala RM3 dari Kuala Perlis.

“Ini menjadikan kadar tambang feri di Langkawi adalah yang terendah di negara ini pada waktu ini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori