TEXAS : Jejak dinosaur yang hidup kira-kira 113 juta tahun lalu dikesan selepas sebuah sungai berdekatan Fort Worth menjadi kering akibat cuaca panas melampau dan kemarau.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bekas tapak kaki reptilia gergasi itu dikesan di Dinosaur Valley State Park di dasar sungai yang sudah kering.
Selama ini, Sungai Paluxy diliputi air serta sedimen sebelum menjadi semakin cetek sehingga menampakkan jejak dinosaur itu.
Pegawai tempatan memaklumkan ia mungkin jejak terpanjang yang ditinggalkan seekor dinosaur di Amerika Utara.
Bagaimanapun, jejak tapak kaki itu hanya kelihatan selama beberapa hari sebelum lenyap semula selepas hujan turun dan air sungai kembali naik.
-Utusan Online