Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ummi Nazeera, Suami Bakal...

ALHAMDULILLAH dan tahniah diucapkan buat pelakon, Ummi Nazeera dan suaminya iaitu Dr. Mohd....

Peguam Negara Switzerland Langgar...

LONDON - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan...

Kerajaan Campuran UMNO-PAS Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada...

Anak Diarah Ibu Jadi...

MADISON, Amerika Syarikat - Seorang wanita ditahan polis selepas dia mengikat anaknya di...

Tiada Beg Plastik Pada Sabtu Dan Ahad Di Selangor

KUALA SELANGOR : Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik di semua premis perniagaan berdaftar di Selangor pada Sabtu dan Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata cadangan itu susulan tahap penggunaan beg plastik masih tinggi walaupun caj 20 sen dikenakan terhadap pengguna.

Sehubungan itu, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dan kajian menyeluruh mengenai penguatkuasaan larangan baharu itu.

“Statistik menunjukkan jumlah kutipan caj pada 2020 sebanyak RM5.8 juta dan ia semakin meningkat sehingga RM6.8 juta pada tahun lalu.

“Oleh itu, kita bercadang mahu melarang sepenuhnya penggunaan beg plastik di semua premis berdaftar pada Sabtu dan Ahad nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Pusat Pengumpulan E-Waste Taman Alam Perdana, Puncak Alam, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, larangan terbabit bagaimanapun tidak tertakluk kepada peniaga kecil terutama yang menjaja di tepi jalan.


Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga belum bercadang untuk menaikkan caj beg plastik sedia ada sehingga 2025.

Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan negeri giat melaksanakan pelbagai kempen kesedaran untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di semua peringkat, termasuk sekolah.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengkaji akan menaikkan caj itu jika statistik kutipan terus mencatatkan peningkatan.

Sementara itu, Loy Sian berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk menaikkan jumlah denda kepada RM10,000 kepada pembuang sampah haram.

“Perkara ini masih dalam perbincangan kerana kita perlu membuat pindaan ke atas Undang-Undang Kecil (UUK) pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ketika ini, denda yang dikenakan rendah iaitu hanya RM2,000 dan ia seolah-olah tidak diendahkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori