Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Biadap! Wanita Ini Koyak,...

SEORANG wanita di Slovakia nampaknya cuba menyalakan provokasi terhadap umat Islam apabila merakam...

KL Tuan Rumah Sidang...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Media Asia 2015 akan diadakan selama tiga hari...

JAKIM: “Sushi King Tidak...

Dua hari lalu, sepelusuk negara menjadi kecoh apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Operasi SAR Mula Guna...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter akan mula menggunakan alat...

Tiada Protes Gerakan #KerajaanGagal Esok

SHAH ALAM – Sekretariat Gerakan #KerajaanGagal memaklumkan tindakan protes dengan turun ke jalan raya yang sepatutnya berlangsung esok dibatalkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekretariat itu bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata, himpunan tersebut akan digantikan dengan pelancaran Kempen #KerajaanGagal, yang mana pihak jawatankuasa akan mengumumkan siri-siri kempen seluruh negara bertempat di sebuah restoran, Kuala Lumpur jam tiga petang.

“Pada 12 Julai lalu, Sekretariat Gerakan #KerajaanGagal telah mengumumkan satu tindakan protes dengan turun ke jalan raya yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu.

“Namun demikian, mengambil semangat musyarawah bersama rakan-rakan aktivis yang menggerakkan himpunan #KerajaanGagal, pihak sekretariat bersetuju untuk mengambil pendekatan baharu dengan melancarkan kempen besar-besaran terhadap kegagalan pemerintah dengan menggantikan aksi turun jalan raya tersebut.


“Justeru, himpunan dijadualkan pada Sabtu ini akan digantikan dengan pelancaran Kempen #KerajaanGagal, di mana pihak jawatankuasa akan mengumumkan siri-siri kempen seluruh negara, jam 3.00 petang bertempat di Restoran Amjal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pihak jawatankuasa gerakan turut menyeru rakyat menyokong kempen akan diadakan itu, sekali gus menyebar luas idea perlawanan tersebut.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori