Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bantuan RM500 Kepada 120,000...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu...

PKS Terima Manfaat Lebih...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima manfaat lebih RM1.3 bilion...

Minta Sorok Perbalahan Pakatan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa seluruh pimpinan Pakatan Harapan...

LTTE: Guan Eng Nafi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan...

Toh Puan Zurina Meninggal Dunia

Melaka : Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob iaitu Toh Puan Zurina Kassim, 78, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 10.10 pagi hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis penghormatan terakhir dijangka diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 3.30 petang ini.

Upacara pengebumian pula akan diadakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas solat Asar, hari ini.

Zurina dilahirkan di Duyong, Melaka pada 13 Julai 1944.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga anak.


Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sebelum bersekolah di Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya ke luar negara selama 13 tahun bersama suami yang dilantik sebagai diplomat.

Ketika Mohd Khalil dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Allahyarham turut memainkan peranan dalam aspek kebajikan, termasuk menubuhkan Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit, di sini untuk membantu pesakit buah pinggang menjalani rawatan susulan hemodialisis pada November 2009.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori