Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Akan Haramkan Kedai...

Kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak...

Rihanna Terkejut Suara Peminat...

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu...

Real Madrid Juara La...

REAL Madrid memastikan gelaran juara La Liga 2016/17 milik mereka, pertama kali selepas...

Guan Eng Dipanggil Ke...

SHAH ALAM - Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu...

‘Tugas Masa Lalu Nazlan Dalam Maybank, Tidak Beri Kesan Dalam Perbicaraan SRC’ – Mahkamah

KUALA LUMPUR : Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mendapati, kedudukan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ketika bertugas sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat dalam Kumpulan Maybank pada masa lalu, tidak boleh memberi kesan kepada penemuannya dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan dapatan itu, panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Mohd Nazlan ketika rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC hari ini.

Mohd Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, sebelum ini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Tengku Maimun yang membacakan penghakiman, berkata mahkamah juga tidak dapat melihat bagaimana jawatan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat dalam Kumpulan Maybank boleh memberi kesan kepada penubuhan syarikat pelaburan terbabit melalui tindakan Najib sendiri.

“Ketika siasatan SRC oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat keterangan yang direkodkan daripada pegawai Maybank dan Mohd Nazlan. Dengan hormatnya kami gagal untuk melihat bagaimana bukti mereka yang berpotensi ini ada kaitan dengan tuduhan terhadap Najib (pemohon).


“Keseluruhan bukti dan keterangan tambahan yang hendak dimasukkan oleh pemohon dalam rayuannya gagal mendedahkan sebarang kaitan dengan keputusan (kes SRC) yang dibuat oleh Mohd Nazlan di Mahkamah Tinggi.

“Sebahagian bukti itu sepatutnya sudah tersedia ketika perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi atau boleh diperoleh oleh pihak pembelaan jika mereka membuat penilaian yang sewajarnya.

“Dengan alasan ini, kami mendapati pemohon gagal untuk memenuhi peruntukan mengikut Seksyen 93, Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 bagi memasukkan bukti tambahan. Kami dengan ini menolak permohonan pemohon,” katanya.

Tengku Maimun berkata, untuk memasukkan bukti tambahan itu, Najib mesti menunjukkan bukti itu belum dikemukakan dalam perbicaraan kes; ia mesti bukti yang relevan; bukti berkenaan berwibawa dan boleh dipercayai; serta ia boleh menimbulkan keraguan munasabah kepada mahkamah jika dipertimbangkan bersama-sama bukti lain.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori