Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tutup Sekolah Jika IPU...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi nasihat kepada...

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Parlimen Dijangka Terima Pemakluman...

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjangkakan pemakluman...

Mayat Bertatu Bunga Ros...

SARIKEI - Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Balai Polis Tanjung...

UMNO Adakan Taklimat Khas Sabtu Ini

Umno dijangka mengadakan pertemuan khas sekali lagi bagi membolehkan anggota parti mendengar sendiri penjelasan daripada pemimpin tertinggi parti mengenai isu-isu semasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan ciapan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

Pertemuan tersebut, kata ahli parlimen Pontian itu lagi, akan bermula pada jam 2 petang.

“Standby (bersedia), jemputan rasmi akan dibuat,” katanya hari ini.

Menurut Ahmad, pertemuan berkenaan akan membabitkan ketua-ketua bahagian dan ahli jawatankuasa masing-masing.

Mereka juga diminta berpakaian “baju merah Umno” dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun Ahmad tidak menjelaskan lebih lanjut tujuan taklimat tersebut diadakan.


Malaysiakini juga sudah menghubungi Ahmad untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung taklimat berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini, dia belum memberi sebarang maklum balas.

Umno mengadakan pertemuan khas pada 22 Ogos lalu, sehari sebelum keputusan rayuan Najib Razak terhadap sabitan jenayah ke atasnya ditentukan hakim.

Bagaimanapun tidak banyak maklumat sahih yang diperolehi ekoran pertemuan berkenaan berlangsung secara tertutup. Pemimpin yang hadir pula kebanyakannya mengunci mulut masing-masing.

Namun di sebalik arahan dikeluarkan ibu pejabat parti, sebahagian daripada ketua bahagian didapati tidak menghadirinya. Mereka termasuklah Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Annuar Musa (Ketereh).

Difahamkan kali ini pemimpin pertengahan Umno akan diberi taklimat mengenai keputusan kes SRC International Sdn Bhd yang menyaksikan Najib dihantar ke Penjara Kajang.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori