KUALA SELANGOR : Nama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mungkin tersenarai dalam beberapa calon yang dicadangkan untuk bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Jangkaan tersebut adalah selepas Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim mendedahkan senarai calon bagi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah diserahkan kepada pimpinan parti untuk diputuskan.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kesemua senarai yang akan bertanding bagi Parlimen Kuala Selangor dan tiga DUN iaitu Jeram, Bukit Malawati dan Ijok.
Namun menurutnya, calon tempatan diutamakan di kawasan sub-bandar itu bagi memastikan BN dapat merampas kembali kesemua kerusi dan mengukuhkan matlamat menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
āKesemuanya individu itu adalah berbeza mengikut kerusi dan kita mengutamakan calon anak tempatan. Kita juga akan terus memperkukuhkan BN menerusi kerjasama MIC dan MCA untuk menang 4-0 kali ini.
āFokus utama kini mahu memastikan lebih 15,000 ahli UMNO kekal berstatus pengundi putih menjelang PRU15. Amat penting bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen dan tiga DUN yang kita tewas sebelum ini,ā katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Serentak UMNO Kuala Selangor di sini malam tadi.
Selain itu, jika nama Tengku Zafrul tersenarai, perkara itu juga menandakan tamat persengketaan antara beliau dengan Jahaya yang sebelum ini dilaporkan menolak kehadiran Ahli Dewan Negara tersebut di Kuala Selangor.
āKami berdua baik-baik saja. Kami sudah bekerjasama sejak sambutan Aidiladha lalu dan kini tiada masalah atau sebarang isu. Kalau bergaduh, tiada gunanya kerana kami dua-dua akan kalah,ā jelasnya.
Julai lalu, UMNO Kuala Selangor dilaporkan bersedia menerima Tengku Zafrul bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu jika diberi restu oleh pucuk pimpinan parti tersebut.
-Utusan Online