Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Presiden PAS Dedah Dalam...

PAS tidak boleh bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada...

“Gol Pertama Matikan Tumpuan...

BURIRAM - Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak...

Polis Minta Lokman Serah...

GEORGE TOWN - Polis meminta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam menyerahkan...

Kementerian Komunikasi Wujud ‘Speaker’s...

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mewujudkan 'Speaker's Corner' buat julung kalinya...

Urban Malaria Di Negara Ini Masih Terkawal

JOHOR BAHRU – Isu Urban Malaria yang melanda Pulau Pinang berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi masih dalam keadaan terkawal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini masih belum terdapat kes kematian dilaporkan.

“Kebanyakan kes malaria yang dibawa masuk adalah malaria dari negara-negara Afrika. Justeru saringan kesihatan di peringkat awal adalah amat penting.

“Golongan majikan perlu memastikan menjalankan saringan kesihatan sebelum mengambil pekerja-pekerja warga asing ke negara ini.

“Dengan cara itu, kita boleh mengenal pasti di peringkat awal. Setakat ini keadaan masih terkawal dan mendapati kes malaria ini bukan kes tempatan tetapi dibawa masuk dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di Tebing@Bandar Dato Onn, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Khairy Jamalaluddin dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada Khamis media melaporkan Pulau Pinang menghadapi kemelut Urban Malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.


Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Ma’arof Sudin berkata ekoran itu, majikan sektor swasta yang mempunyai pekerja warga asing perlu memberikan maklumat pekerja mereka dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan supaya pihaknya mempunyai rekod.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai virus baharu, Langya yang dikesan di China, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan akan memantau penularan virus itu.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang kes dilaporkan di negara ini berkaitan jangkitan virus berkenaan.

“Jangkitan itu bersifat jangkitan setempat, ia tidak merebak lagi. Bagaimanapun, kita akan pantau perkembangannya,” katanya.

Selepas koronavirus yang mengakibatkan Covid-19, China memberi amaran virus baharu, Langya yang menjangkiti warga republik itu.

Langya muncul sebagai virus yang mencetuskan kebimbangan setelah menjangkiti 35 individu di provinsi Henan dan Shandong di Timur China.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori