Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Childhood Friends’ Bakar Semangat...

TEMERLOH -’Keakraban 'childhood friends' atau rakan sejak kecil yang terjalin antara calon bertanding...

Video: Guru Tendang, Sepak...

RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi...

SPR Bincang PRK Parlimen...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima notis kekosongan luar...

Bekas Guru Usia 83...

AYER KEROH - Usia tidak menghalang bekas guru berusia 83 tahun untuk menggenggam...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan Dadah Direman Seminggu

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar yang disyaki terbabit menyebabkan kematian seorang penghuni pusat itu pada Rabu lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman sehingga Jumaat depan itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Taiping, Adibah Abdul Kadir bagi membolehkan siasatan dibuat ke atas keempat-empat lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Empat suspek berusia antara 20 hingga 27 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Taiping jam 9.40 pagi tadi menaiki van polis dengan memakai baju lokap sebelum proses permohonan reman selesai kira-kira sejam kemudian.

Polis mengklasifikasikan kematian penghuni terbabit kepada kes bunuh selepas hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati mangsa, Muhammad Shahrul Samion, 25, mengalami kecederaan parah pada bahagian dada, otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul.

Mangsa sebelumnya dikatakan mengamuk termasuk mencederakan warden selain cuba mencederakan diri sendiri susulan cubaannya melarikan diri di pusat pemulihan itu gagal.


Maklumat awal kejadian diterima daripada doktor bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar yang memaklumkan mangsa yang sudah tidak bernyawa dibawa ke hospital pada malam Rabu lalu oleh empat suspek berkenaan.

Ujian X-ray yang dilakukan mendapati ada kesan luka di bahagian dahi serta lebam pada muka, mata kiri, dada, kedua-dua kaki, serta tangan mangsa.

Kecederaan itu dikatakan terhasil daripada pergelutan antara warden di pusat berkenaan, selain cubaan mangsa melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu bangunan setinggi lapan meter serta tindakan mangsa menghentak kepala ke lantai sewaktu dikurung di sebuah bilik pusat itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori