Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MOF Yakin 1MDB Menang...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan amat yakin 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memenangi kes...

PDRM Bukan Lagi Bawah...

PUTRAJAYA: Bermula esok, segala aduan berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai pasukan...

1,116 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19, hari ini direkodkan sebanyak 1,116 kes, menurun...

Mohamad Khir Toyo Dihukum...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas...

Usul Kewarganegaraan Kanak-Kanak Dibahaskan Petang Ini

KUALA LUMPUR – Dewan Negara akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia pada petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad selepas meneliti usul tersebut daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa, pertama ialah perkara ini yang tertentu, kedua iaitu kepentingan orang ramai kerana melibatkan kewarganegaraan anak bagi rakyat wanita Malaysia.

“Ketiga ialah perkara ini disegerakan jadi, saya benarkan usul ini untuk dibahaskan,” katanya pada Persidangan Dewan Negara di Parlimen hari ini.


Beliau berkata, sehubungan itu, pihak pencadang dibenarkan untuk berbahas selama 30 minit, begitu juga pihak kerajaan untuk menjawab selama 30 minit.

Sebelum ini media melaporkan, pada 5 Ogos lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan secara automatik.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori