Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bukti 7 Fakta Jho...

MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi...

‘Bersilat’ Lepas Kena Langgar...

SHAH ALAM - Video insiden seorang penunggang motosikal yang terus bersilat selepas dilanggar...

Jurukamera Olimpik Hilang Peralatan...

BARU sehari Sukan Olimpik 2016 berlangsung, sudah timbul cerita kurang enak apabila jurugambar News...

Harap Lebih Banyak Kapal...

KUANTAN - Malaysia yakin Pelabuhan Kuantan yang kini dilengkapi pelbagai kemudahan mampu menarik...

Vaksin Spikevax Covid-19 Dilulus Untuk 12 Tahun Dan Ke Atas

PUTRAJAYA: Vaksin Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol diberi kelulusan bersyarat kepada golongan berumur 12 tahun dan ke atas bagi pencegahan penularan Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang hari ini.

Menurut beliau, Spikevax sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Sehingga kini, PBKD memberi kelulusan kepada vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer-BioNTech) dan CoronoVac (keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia) untuk digunakan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Noor Hisham berkata, pemantauan juga dibuat berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk tersebut kekal positif.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan C-19 di Malaysia.

Ini dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori