Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Agensi Berita Malaysia, Bahrain...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari...

3 Bot Nelayan Indonesia...

GEORGETOWN - Tiga bot nelayan Indonesia bersama tiga tekong dan 11 awak-awak ditahan...

Awal Nafi Merajuk Tidak...

KUALA LUMPUR - Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila...

Polis Tahan Jamal Mengikut...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos ditahan...

Vladimir Putin Beri Wang Kepada Rakyat Ukraine Yang Lari Ke Russia

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri yang menyatakan bahawa Russia akan memberi wang kepada rakyat Ukraine yang melarikan diri dari kawasan peperangan ke negara itu, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dekri yang diterbitkan di laman web Kremlin itu menetapkan pemberian pencen bulanan kira-kira AS$165 (RM737) kepada rakyat Ukraine yang dipaksa meninggalkan wilayah Donetsk dan Luhansk.

Putin mengiktiraf dua wilayah itu sebagai republik bebas sebelum permulaan pencerobohan pada 24 Februari dan dijangka cuba menggabungkan wilayah itu bersama Russia dalam beberapa bulan akan datang.

Dekri pembayaran tersebut menunjukkan bahawa warga Ukraine yang layak mendapat pencen bulanan perlu meninggalkan negara itu dan memasuki Russia selepas 18 Februari dan pembayaran akan dibuat sehingga Disember ini.


Putin berkata, orang kelainan upaya juga akan menerima gaji bulanan kira-kira AS$165 (RM737) dan veteran Perang Dunia Kedua akan mendapat kira-kira AS$82 (RM366) setiap bulan.

Wanita hamil yang melarikan diri dari kawasan perang pula akan menerima bayaran tambahan iaitu sebanyak AS$331 (RM1,478) lagi semasa kelahiran anak mereka.

Bagi setiap kanak-kanak yang melarikan diri dari Ukraine, mereka akan menerima pembayaran sebanyak AS$66 (RM294).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori