Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Raih Lima Emas...

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa...

Tak Sempat Azan Zohor,...

Kota Kinabalu : Seorang bilal di Masjid Al-Falah, Kepayan, di sini, disahkan meninggal...

Orang Singapura Suka Dakwah...

KALAU tak dipecahkan ruyung manakan dapat saguya. Begitulah halnya dengan peminat 'Dakwah Live'...

Eksklusif! Sharifah Khasif Ganti...

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura 'haram' dua...

Waspada Kutipan Derma Guna Gambar Ainul Mardhiah

MELAKA : Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terjebak dengan penipuan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar kanak-kanak bekas penghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin untuk mengutip derma.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berkongsi perkara itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkata, kegiatan mengutip derma dengan mengeksploitasi gambar anaknya yang kini kritikal dikesan aktif memperdaya masyarakat dalam laman sosial.

“Yang mana ada jumpa scammer guna gambar Ainul untuk kaut duit, tolong kongsikan pada saya. Saya akan terus uar-uarkan pada akaun saya untuk tak nak orang ramai tertipu dengan mereka.

“Melampau betul mereka ini, buat kerja dan ambil kesempatan atas orang lain. Orang Islam kan? Cuba cari rezeki yang halal,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.


Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan, anaknya sedang ditidurkan selepas dipercayai mendapat jangkitan kuman sejak Jumaat lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Ahmad Safiuddin berkata, tanda-tanda awal yang ditunjukkan anaknya itu hanyalah batuk biasa dan kemudian dirujuk ke fasiliti kesihatan pada Ahad.

Katanya, Ainul Mardhiah sedang menggunakan bantuan ventilator memandangkan doktor mengesahkan, virus sudah merebak hampir ke semua anggota namun tidak mendedahkan lokasi anaknya itu dirawat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori