Sebanyak 1,971 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,803,624 kes.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kes aktif kini berjumlah 26,949, turun 18.1 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (590)
Kuala Lumpur (371)
Perak (188)
Sabah (160)
Pulau Pinang (102)
Melaka (91)
Sarawak (85)
Negeri Sembilan (75)
Johor (73)
Kedah (63)
Kelantan (45)
Pahang (42)
Putrajaya (38)
Terengganu (24)
Perlis (20)
Labuan (4)
Tiga lagi kematian dilaporkan semalam, iaitu di Melaka, Pahang dan Sarawak.
Sepanjang minggu lalu, purata lima orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding purata tujuh kematian bagi tempoh 30 hari lalu.
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,277 kematian direkodkan di seluruh negara.
Seramai 1,224 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 69 daripadanya di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (90) diikuti Sabah (67) dan Johor (51).
-Malaysia Kini