BALING: Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dalam Mukim Baling dilanda banjir kilat petang ini.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Hujan lebat selama tiga jam sejak jam 2 petang menyebabkan kawasan itu dinaiki air.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6 petang mengenai banjir di dua lokasi itu.
Beliau berkata, setakat ini jumlah keluarga dan mangsa dalam siasatan dan anggota dikerah membantu bagi mengelakkan kejadian buruk.
Menurutnya, air Sungai Ketil melimpah dengan cepat dan memasuki rumah penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.
“Anggota sedang memantau dari semasa ke semasa memandangkan masih hujan dan cuaca gelap.
“Kita mengarahkan penduduk keluar je tempat selamat kerana bimbang mereka terperangkap pada waktu malam malah air Sungai Ketil juga deras,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Mohd Faizol berkata, penduduk yang tinggal di pinggir tebing diminta berpindah sekiranya air semakin naik dan jangan menunggu kerana bimbang kejadian buruk.
BHonline-