Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Berita Palsu Tidak...

PUTRAJAYA - Penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta...

Volkswagen Rancang Buka 3...

VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn Bhd merancang untuk membuka tiga lagi pusat Jualan, Servis...

Ziana Zain Enggan ‘Buka...

MESKIPUN diasak bertubi-tubi namum penyanyi bersuara gemersik iaitu Ziana Zain tetap enggan mendedahkan...

WOW.. Pizza Hut vs...

BERITA baik buat penggemar pizza semua!Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut...

7,720 Calon SPM Ulangan Duduki Peperiksaan 12 Disember Ini

PUTRAJAYA : Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 Disember ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan seramai 7,720 calon sudah mendaftar bagi menduduki peperiksaan SPMU 2022 di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara, untuk tahun ini.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 1,317 petugas peperiksaan dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala seramai 1,441 lagi dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.

“Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.


“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut KPM jadual peperiksaan SPMU 2022 serta Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU 2022,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori