Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Kes Curi Kenderaan...

KUALA TERENGGANU - Dua kes mencuri kenderaan milik mangsa banjir dilapor di negeri...

Dr. Mahathir Alami Sindrom...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin...

Klasifikasi Semula Kes Teoh...

KUALA LUMPUR - Pengklasifikasian siasatan semula polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock...

Jemaah Malaysia Terkandas Di...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah,...

Abang Libas Adik Hingga Mati Dengan Parang Sabit

Kuching : Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilibas abangnya menggunakan parang sabit dalam satu pergaduhan di hadapan rumah di Jalan Landeh, Batu 10 di sini, jam 7.30 petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu, mangsa yang membawa sebilah parang sabit mendatangi abangnya yang berusia 60 tahun dalam keadaan marah-marah.

Mangsa disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

“Mangsa terlebih dahulu cuba menyerang abangnya tetapi senjata terbabit berjaya dirampas.

“Selepas merampasnya, suspek melibas kembali senjata terbabit. Ia mengenai betis kiri mangsa sehingga menyebabkan pendarahan teruk.

“Mangsa segera pulang ke rumahnya yang terletak bersebelahan sebelum dibawa ibunya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.


“Suspek pula datang ke Balai Polis Batu 10 Padawan untuk membuat laporan menyatakan yang dia diserang mangsa,” katanya pada kenyataan hari ini.

Katanya, ketika keterangan suspek diambil, pegawai penyiasat kes dimaklumkan yang mangsa sudah meninggal dunia.

“Berikutan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan. Siasatan mendapati, tiada sebarang kecederaan yang lain melainkan kesan luka di betis kiri mangsa,” katanya.

Menurut beliau, suspek sudah membuang senjata yang digunakan di kawasan semak berdekatan dengan rumahnya.

“Permohonan reman sudah dibuat di Mahkamah Kuching jam 9 pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori