Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pusat Pelupusan Tayar Terbakar

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat pelupusan tayar hampir musnah dalam kebakaran di Taman...

FOTO: Pasangan Suami Isteri...

Masih tiada khabar. Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas setelah bot penyelamat yang dinaiki...

Polis Marin Patahkan Cubaan...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup keluar 19,400 liter bahan...

Budak Lelaki 10 Tahun...

JADI hero.. seorang budak lelaki berusia 10 tahun dengan beraninya merempuh masuk ke...

Ahli UMNO Mahukan ‘Poster Boy’ Yang Setia Pada Parti

Aku tertawa kecil membaca bicara Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa anggota UMNO peringkat bawahan menghentikan ‘pergaduhan’ dalam media sosial kerana dikatakan boleh membawa kepada konflik dan perbalahan yang tidak diingini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kita faham benar apa yang dimaksudkan oleh sosok yang pernah belot terhadap pendirian UMNO menarik balik sokongan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri.

Ironinya tiada siapa pun dalam kalangan ahli UMNO bergaduh. Hanya yang timbul adalah marah terhadap pemimpin UMNO bertaraf menteri kerana membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan awal walaupun perkara itu telah diputuskan oleh parti.

Justeru, amat tidak munasabah untuk menuduh ahli UMNO peringkat bawahan sebagai ‘bergaduh’ apabila menyuarakan rasa protes dan kurang senang berhubung ketidaksetiaan para pemimpin UMNO bertaraf Menteri terhadap parti sendiri.

Dan amat tidak masuk akal untuk memaksa ahli UMNO peringkat bawahan menyokong serta mengangkat mereka yang pernah belot kepada ketetapan parti sebagai pemimpin mahupun Perdana Menteri untuk penggal berikutnya seandainya UMNO ditakdirkan menang PRU-15.

Shahidan perlu realistik. Ini zaman jalur lebar. Apa sahaja yang terjadi sampai kepada pengetahuan setiap akar umbi UMNO. Sebagai ahli UMNO peringkat bawahan yang setia kepada perjuangan parti mereka berhak untuk bersuara. Bersuara tentang kebenaran yang mereka ketahui tidaklah bermaksud mereka ‘bergaduh’.


Kesimpulannya mudah sahaja iaitu majoriti ahli peringkat bawahan atau akar umbi UMNO sukar untuk menerima kumpulan yang pernah mengkhianati UMNO untuk memimpin UMNO apatah sebagai ‘poster boy’. Mereka mahukan pemimpin yang setia mempertahankan parti sebagai calon Perdana Menteri daripada UMNO.

Selepas ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak, setakat ini hanya ada dua pemimpin UMNO memiliki kriteria dan ciri-ciri kesetian tersebut dengan seorang memiliki rekod yang bersih lagi cemerlang sebagai pemimpin UMNO, manakala seorang lagi masih bergelut dengan pendakwaan kes rasuah.

Bicara Shahidan yang membuatkan aku tertawa besar pula apabila beliau menyatakan ahli UMNO sepatutnya menggunakan platform media sosial secara bijak untuk menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah daripada kalangan musuh politik.

Persoalannya, pernahkah beliau menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah oleh musuh UMNO terhadap parti itu terutama daripada PPBM sejak menjadi anggota Kabinet?

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori