Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kukuh Kerjasama Demi Kepentingan...

NILAI – Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak industri dalam...

Lelaki Tertua Di Indonesia...

JAKARTA - Seorang lelaki dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia Sodimejo atau lebih...

Enam Maut, Hospital Sultanah...

JOHOR BAHRU - Enam orang dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di...

Jangan Guna Kemudahan Asas...

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd...

Air Pasang Besar Landa Kuala Kedah

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar melanda Kuala Kedah hari ini mengakibatkan beberapa kawasan di pekan itu yang terletak berhampiran pesisir pantai dinaiki air.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, turut terjejas 30 rumah penduduk selain gerai di jeti Kota Marina, Jalan Tok Pasai dan Terminal Feri Kuala Kedah.

“Paras air menunjukkan peningkatan kesan daripada air pasang besar. Terdapat rumah penduduk dan gerai yang terjejas. Keadaan bagaimanapun masih terkawal.

“Bacaan paras air dicatatkan setakat pukul 1.22 petang ini adalah 2.95 meter dengan cuaca tiada angin dan hujan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pemantauan akan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.


“Kita menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing. APM akan melakukan pemantauan sehingga air pasang ini surut,” katanya.

Difahamkan fenomena air pasang di Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain berdekatan laut dijangka berlarutan sehingga Ahad depan dengan catatan paras air paling tinggi adalah hari ini.

Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu akibat pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori