Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Semalam beliau membuktikannya lagi dengan menemani Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerima keputusan mahkamah.
Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan keputusan mahkamah di Putrajaya beliau hadir mengiringi mantan Perdana Menteri itu.
Ya memang benar. Tok Mat tidak pernah meninggalkan dua pemimpin BN tersebut semasa menerima serangan maha hebat musuh politik.
Sedangkan ada sebilangan pemimpin BN sebelum ini menjarakkkan diri kerana tidak mahu dilihat masih bersama Najib dan Zahid.
Khuatir akan turut ditekan atau dikenakan tindakan oleh sang penguasa yang bermaharajalela sewaktu tempoh 22 dan 17 bulan.
Tok Mat menonjolkan keperibadian seorang pemimpin yang berani dan istiqamah dalam perjuangan bersama rakan-rakan parti yang dizalimi.
Sebab itu kita percaya berbanding Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jauh lebih wajar dan jujur untuk BN mengangkat Tok Mat sebagai ‘poster boy’ PRU-15.
Tok Mat sosok yang berdiri teguh, tidak mengkhianati parti, ahli dan rakannya sewaktu yang lain lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Tidak pernah berdiri di atas pentas bagi membantah keputusan parti dan mempertahankan jawatan Perdana Menteri musuh politik BN.
Mungkin Tok Mat tidak terlalu menonjol dalam perang politik yang sedang berlaku, tetapi itulah ‘style’ Tok Mat lebihkan tindakan, kurangkan keluhan.
-Mynewshub