SERBIA : Seorang atlet gusti dari Iran memutuskan untuk menarik diri daripada Kejohanan Gusti Dunia 2022 di Belgrade kerana enggan bertemu atlet Israel.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Amir Mohammad Yazdani yang bersaing di bawah kategori berat 70 kilogram (kg) membuat keputusan semasa pertandingan yang berlangsung bermula hari ini hingga 18 September depan di Stark Arena.
Atlet berusia 21 tahun itu pernah menyertai kejohanan dunia tahun lalu dan merangkul pingat perak di Oslo, Norway.
Atlet kebangsaan Iran berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan semasa edisi penganjuran tahun lalu.
Bagi edisi kali ini, Iran membariskan Amir Hossein Zare bagi kategori 125 kg, Mohammad Hossein Mohammadian (97 kg) dan Kamran Ghasempour (92 kg).
-Utusan Online