Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai...

IPOH - Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Ladang Sengat,...

Majoriti Ketua Bahagian UMNO...

KUALA LUMPUR – Seramai 158 ketua bahagian UMNO yang hadir mesyuarat tergempar hari...

Saintis Singapura Cipta Roti...

SINGAPURA - Sekumpulan saintis dari Universiti Nasional Singapura (NUS) di sini berjaya menghasilkan...

Babi Serang, Kunyah Kepala...

JIANG – Malang menimpa seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Wei Tsao apabila...

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

PUTRAJAYA – Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bacaan kedua pula dijangka dibuat pada 22 November tertakluk kepada perubahan jadual dari semasa ke semasa.

Menurutnya, kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan hukuman gantian bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah, serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 banduan.


Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori itu telah dihadiri pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

“Susulan keputusan yang dibuat ini, satu Memorandum Jemaah Menteri akan dibawa dalam mesyuarat jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum pembentangan RUU bagi pindaan akta-akta yang terlibat dilaksanakan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-14,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori