Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Felcra Lahir Usahawan Kreatif...

KUALA LUMPUR - Kehadiran dua usahawan terdiri anggota Wanita Dinamis Felcra (Wadira) ...

Nasib Najib Diketahui Esok

PUTRAJAYA : Esok, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Datuk Seri...

Deretan 10 Kedai Di...

IPOH - Sepuluh kedai termasuk sebuah muzium yang mempamerkan koleksi sejarah hangus dalam...

Dekati Islam Mulai 2014...

JOHOR BAHRU - Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah...

Bajet 2023 Tumpu Pemulihan Ekonomi

JELI – Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan akan memberikan tumpuan kepada pemulihan ekonomi selepas negara memasuki fasa peralihan endemik Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemulihan itu merangkumi langkah-langkah transformasi yang meliputi pembaharuan jangka sederhana dan panjang.

Transformasi itu bagi memastikan ekonomi negara lebih berdaya tahan dan mampu mendepani cabaran ketika ini.

“Kita harus tampil dengan langkah-langkah pembaharuan, jika terus dengan cara lama sudah pasti usaha ini tidak akan berjaya (pemulihan ekonomi),” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan memberikan tumpuan kepada peningkatan kesihatan susulan pandemik Covid-19.


“Usaha itu telah mencapai kejayaan apabila jumlah jangkitan harian Covid-19 berjaya dibendung dengan begitu baik,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kejayaan melawan Covid-19 menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk memastikan inflasi terkawal, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dibantu.

“Apa yang penting kita nak pastikan ekonomi kita akan tumbuh sebagaimana ditetapkan iaitu 5.6 hingga 6.4 peratus,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori