SHAH ALAM : Mahkamah Majistret membenarkan bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan terhadap laporan pukul yang dibuat anaknya pada 8 September lalu.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Lelaki berusia 43 tahun itu direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, hari ini.
Terdahulu, suspek yang berpakaian baju lokap polis berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira pukul 9.50 pagi.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan dibuat anaknya berusia 15 tahun pada 8 September lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, laporan tersebut dibuat remaja berusia 15 tahun itu yang mendakwa dipukul menggunakan penyangkut baju pada 2014.
āHari ini (IPD) Subang akan serah (suspek) kepada (IPD) Shah Alam dan esok akan membuat permohonan reman. Mangsa ada buat laporan kena pukul dengan suspek guna penyangkut baju pada 2014, dahulu,ā katanya kepada pemberita semalam.
Terdahulu, bapa pelakon remaja perempuan terbabit ditahan pada 6 September lalu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.
Suspek ditahan di kediamannya di Kedah dan polis turut merampas telefon bimbit suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisis.
Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual dalam laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.
-Utusan Online