Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tentera ‘Beret Merah’ Thai...

BANGKOK - Tentera Thailand telah mengerahkan kira-kira 30 anggota "Beret Merah" untuk mengawal...

Pekebun Sayur Maut Dalam...

SARIKEI - Seorang pekebun sayur maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan...

Banjir Kilat Melanda Bentong,...

KUANTAN - Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Kampung Semerting dan Kampung...

“Tendang Sebab Rasa Terancam”...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Balkisyh Semundur Khan mendakwa bertindak menendang bekas suami, Mohd...

‘Bawa Profesor Dari Langit Sekali Pun, kalau Jentera Tiada, Tak Guna’ – Tok Mat

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) masih menumpukan kepada aspek memastikan kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan belum menyentuh mengenai isu calon dan kerusi ditandingi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengarah Pilihan Raya parti, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, selepas selesai bertemu dengan jentera BN di semua negeri termasuk di Sabah baru-baru ini, persoalan mengenai siapakah calon masih belum dilihat oleh parti itu.

“Saya setakat ini melihat kesiapsiagaan parti, belum menyentuh mengenai calon, isu kerusi, saya melihat kesiapsiagaan UMNO dan BN.

“Belum lagi lihat soal itu, (calon, kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, sebab itu, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya.

“Tidak guna kita cakap soal calon, seperti saya katakan, bawa profesor dari langit sekali pun, kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban berkata demikian selepas ditemui pemberita di Program Merdeka@Komuniti DUN Paroi 2022 di Dataran Senawang di sini hari ini.

Mohamad berkata, jentera BN kini bersemangat tinggi menghadapi PRU15 namun mengakui beberapa aspek perlu ditambah baik.


“Memasuki pilihan raya ini umpama memasuki peperangan, pengakhir ceritanya adalah kalah dan menang.

“Perlu bersiap sedia betul-betul dan pastikan segala gerak kerja diurus dengan terbaik supaya yang penting kami dapat memenangi pilihan raya yang bakal diadakan pada bila-bila masa yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, BN menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan PRU15.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri, membuat tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kerana beliau sahaja yang mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mohamad mengulas kenyataan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, masih ada masa untuk mengadakan PRU15 tahun ini dan perkara itu akan dibincangkan dengan lima pemimpin tertinggi parti itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori