Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sultan Nazrin Berangkat Ke...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke...

Kerajaan Negeri Melaka Bantu...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka bersedia membantu penternak dan pengusaha ikan laga spesies...

Tanam Bayi Di Parkir...

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi...

UMNO Pecat Tun Faisal...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 2.38 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dijumpai orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.

“Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bayi itu dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Nor Rafidah meminta orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes itu segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 016-4486747.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori