Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Transformasi Bantu Melaka Capai...

MELAKA - Transformasi adalah caranya bagi Melaka mencapai matlamat menjadi satu daripada kuasa...

SPR Larang Kempen Bersemuka,...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang semua aktiviti berkempen secara bersemuka atau...

Kerajaan Tumpu Pulih Pentadbiran,...

LONDON - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan...

Playstation 4 Jauh Lebih...

KAJIAN terbaharu yang dilakukan mendapati, konsol game Sony Playstation 4 mencatat jualan lebih...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka adiknya itu sehingga retak tulang di bawah mata.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian berlaku pada 5 September lalu, apabila suspek berusia 27 tahun yang ketika itu sedang berbincang dengan ibunya, berselisih faham dengan adiknya berusia 20 tahun di kediaman mereka di Pandan Perdana di sini.

Mangsa dipukul sehingga rebah dan pitam sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan teruk di muka.

Doktor yang merawatnya kemudian membuat laporan polis selepas melihat kecederaan teruk dialami mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan itu, polis mengesan suspek dan menahannya di Skudai, Johor kelmarin.


Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian akibat berlaku perselisihan faham antara adik beradik dan suspek direman bagi membantu siasatan.

“Semakan juga mendapati memiliki tujuh rekod jenayah lampau tidak dikehendaki berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda,” katanya kepada Harian Metro.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori