Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didenda RM1,500 Miliki...

KUALA LUMPUR – Seorang Eksekutif Teknologi Maklumat didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara...

Lukisan 60 Tahun Tonjol...

NEW YORK - Salah sebuah lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Modigliani akhirnya...

73 Pelajar Dan Guru...

Kuala Lumpur : Jumlah pelajar dan guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri...

Sokong Penyatuan Umat –...

KUALA LUMPUR - Umat Islam Malaysia diseru supaya memberi sokongan penuh ke atas...

Bella Selesai Beri Keterangan, Dua Pegawai Penyiasat Dipanggil 18,19 Oktober

KUALA LUMPUR: Remaja sindrom down, Bella selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Sesyen di sini bagi perbicaraan kes pengabaian dan penganiayaan melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bella yang juga saksi pendakwaan ke-18 mula memberi keterangan pada hari kedua di hadapan Hakim Izralizam Sanusi menerusi rangkaian secara langsung pukul 10.30 pagi sehingga pukul 12.40 tengah hari ini.

Remaja berusia 13 tahun itu memberi keterangan secara tertutup mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 yang hanya boleh dilihat hakim dan pihak-pihak yang dibenarkan.

Bella memakai baju kurung berwarna merah jambu bagi menghadiri prosiding hari ini dan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar pukul 9 pagi, diiringi oleh beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pegawai polis.

Setakat ini, mahkamah selesai memanggil 18 saksi pendakwaan dan difahamkan masih ada dua saksi pendakwaan yang perlu hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, prosiding sebelah petang yang sepatutnya berlangsung bagi mendengar keterangan dua saksi terakhir iaitu dua pegawai penyiasat ditangguh kepada 18 dan 19 Oktober depan kerana kedua-dua saksi tidak dapat hadir ke mahkamah.


Menurut pihak pendakwaan, saksi pendakwaan ke-19, pegawai penyiasat, Inspektor Suhaili Mahad tidak dapat hadir kerana tidak sihat (migraine) manakala saksi terakhir, Asisten Superintenden Rohani Baharom perlu mengiringi Bella pulang ke JKM.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas menjelaskan kepada mahkamah pihaknya perlu mengemukakan keterangan keterangan saksi ke-19 (Suhaili) terlebih dahulu sebelum mahkamah mendengar keterangan saksi terakhir.

Oleh itu, Zilfinaz memohon keizinan mahkamah supaya keterangan kedua-dua saksi didengar secara berturutan. Katanya, pihak pendakwaan telah menyediakan lebih 400 soalan kepada kedua-dua saksi pendakwaan tersebut.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori