Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hishamuddin Rais Diarah Bela...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan aktivis Hishamuddin Md...

Jenazah Bapa MB Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bapa Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Abdul Rahman Mohammad selamat...

Norman Hakim Bakal Timang...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza di atas berita...

Paul Yong Berpeluang Rogol...

Putrajaya : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong...

Bentang Semula Bajet 2023 Jika PRU15 Diadakan Masa Terdekat

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat depan perlu dibentangkan semula di Parlimen jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu perlu dibuat seandainya bajet yang dibentangkan itu tidak sempat diluluskan untuk memberi laluan kepada PRU.

Kata beliau, kerajaan baharu yang terbentuk selepas PRU perlu membentangkan semula RUU berkenaan, bagi peringkat bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya maka akan ada satu kerajaan yang baharu. Kerajaan baharu perlu buat bacaan pertama semula.

“Sebab ini bajet, ia tidak mengikat kerajaan,” katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat Bersama Rakan Media di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Nor Yahati Awang.


Azhar memberitahu, bagaimanapun, kerajaan baharu juga boleh menggunakan draf RUU sama ketika pembentangan semula ke Dewan Rakyat.

Ketika ini turut timbul spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 2023 iaitu sebelum sempat RUU tersebut diluluskan

Sementara itu, ketika ditanya adakah pihaknya akan menerima notis sebelum pembubaran Parlimen, Azhar berkata, Dewan Rakyat tidak akan menerima sebarang notis.

“Pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi pada masa sama, Agong juga mempunyai budi bicara untuk menolak nasihat tersebut. Itu undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori