Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Parasetamol Tiada Stok Sejak...

AMPANG JAYA – Bekalan ubat parasetamol yang melegakan demam dan sakit kepala sukar...

Video: Selambanya Bikers Malaysia...

NARATHIWAT - Tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang secara sembrono...

31 Negara Sahkan Penyertaan...

LANGKAWI - Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa...

Agong Ke-16: Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini...

BN Sabah Akan Bekerjasama Dengan GRS Jika Ada Persefahaman

Timbalan Pengerusi BN Sabah, Yakub Khan mengesahkan terdapat rundingan antara BN Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun katanya, rundingan berkaitan kerusi parlimen yang akan ditandingi dalam PRU15 belum dimuktamatkan.

“Di peringkat Sabah memang kita ada mengadakan perundingan dengan GRS namun kita belum mendapat kata putus, tapi insya-Allah dalam masa terdekat kita akan perhalusi antara kedua-dua pihak untuk pembahagian kerusi.

“Kalau kita mendapat persetujuan yang sama rata, kalau kita ada persefahaman, insya-Allah kita akan kerjasama, tapi kalau tidak ada persefahaman, BN bersedia untuk bertanding bersendirian,” kata Yakub seperti dilapor Astro Awani.

GRS terdiri daripada Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).


Kenyataan Yakub sekali gus menunjukkan terdapat rudingan antara Umno dan Bersatu berhubung kerjasama dalam pilihan raya di Sabah.

Selain Sabah, Umno Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga menunjukkan kesediaan untuk meneroka kerjasama dengan parti lain, khususnya PAS.

Bagaimanapun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sejak beberapa bulan lalu tetap dengan pendirian bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori