Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Tutup Parlimen Hanya...

Langkah menutup parlimen ekoran wujudkan kes-kes baru Covid-19 hanya akan menjadi pilihan terakhir,...

Aktivis NGO Gugat Fuziah...

KUANTAN - Berbanding calon yang diturunkan Barisan Nasional (BN) pada dua Pilihan Raya...

Olimpik: Chong Wei Ceriakan...

RIO DE JANEIRO - Atlet Malaysia dalam mood ceria di Perkampungan Sukan walaupun...

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Ougadougou, Burkina...

Cacar Monyet Lepasi 50,000 Kes – WHO

GENEVA, Switzerland – Lebih 50,000 kes cacar monyet direkodkan di seluruh dunia, demikian menurut angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin, namun jangkitan di kawasan tumpuan wabak di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) makin perlahan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

WHO menyenaraikan 50,496 kes dan 16 kematian akibat cacar monyet setakat ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam global pada Julai 2022.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, penurunan jangkitan baharu membuktikan wabak cacar monyet boleh dibendung.

“Di rantau Amerika yang menyumbang lebih separuh kes cacar monyet, beberapa negara terus melihat peningkatan jangkitan, namun trend menurun berterusan dilihat di Kanada dan Eropah,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Lonjakan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu dalam kalangan lelaki gay di luar Benua Afrika dimana penyakit itu adalah endemik.

WHO mengeluarkan amaran tertinggi pada 24 Julai lalu yang mengklasifikasikan wabak itu sebagai darurat kesihatan awam di samping Covid-19.

Kes cacar monyet direkodkan di 101 wilayah, namun hanya 52 wilayah melaporkan kes baharu dalam masa tujuh hari lalu di mana 27 daripadanya melaporkan kes satu angka.


Negara merekodkan lebih 1,000 kes sehingga kini adalah AS (17,994), Sepanyol (6,543), Brazil (4,693), Perancis (3,547), Jerman (3,467), Britain (3,413), Peru ( 1,463), Kanada (1,228) dan Belanda (1,160).

Cacar monyet menyebabkan demam, sakit otot dan lepuh pada kulit..

Dalam pada itu, Nigeria melaporkan empat kematian cacar monyet diikuti Ghana (3), Sepanyol (2), Republik Afrika Tengah (2), manakala Brazil, Belgium, Ecuador, India dan Cuba masing-masing melaporkan satu kematian.

Ketua Teknikal WHO, Rosamund Lewis berkata, hubungan fizikal dalam apa jua bentuk dengan pesakit cacar monyet akan menyebabkan seseorang berisiko dijangkiti.

“Majoriti kes hari ini masih dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, sama ada mereka gay ataupun biseksual,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori