Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengabaian SOP Punca Tren...

PUTRAJAYA - Pengabaian terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca kepada pelanggaran...

EAC Giat Adakan Libat...

KOTA BHARU - Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sedang giat mengadakan sesi libat urus...

Pelakon MIG Mon Ryanti...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon MIG, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina...

Agong, Permaisuri Rakam Ucapan...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

China Berjaya Klon Serigala Artik Pertama Dunia

BEIJING : Sebuah firma gen berpangkalan di Beijing baru-baru ini mengumumkan kejayaan sulung mengklonkan serigala artik liar pertama di dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Global Times melaporkan, haiwan itu dilahirkan di sebuah makmal di Beijing pada 10 Jun lalu.

Menurut pakar, kejayaan itu mempelopori pembiakan haiwan yang semakin pupus dan terancam melalui teknologi pengklonan.

“Untuk menyelamatkan haiwan terancam, kami memulakan kerjasama penyelidikan dengan Harbin Polarland mengenai pengklonan serigala artik pada 2020.

“Selepas dua tahun melakukan usaha gigih, serigala artik berjaya diklonkan. Ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia,” kata Mi Jidong, pengurus besar Sinogene Biotechnology Co yang berpangkalan di Beijing.


Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu adalah peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.

Serigala itu diberi nama Maya dan kesihatannya berada dalam keadaan yang sangat baik.

Sel pendermanya berasal dari sampel kulit serigala artik betina liar yang telah diperkenalkan dari Kanada.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori