Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kru Kapal Warga Turki...

KLANG - Seorang kru kapal MV Hamburg DW warganegara Turki maut manakala tiga...

Muat Turun Aplikasi Microsoft...

MICROSOFT sedia merupakan aplikasi turun temurun yang digunakan sejak penggunaan PC telah merangkumi...

Kerajaan Perlu Siap Siaga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil langkah penting bagi mendepani 'perang perdagangan' atau...

KPM-UTC Perluas Kerjasama Program...

MELAKA - Kementerian PendidikanĀ Malaysia (KPM) akan memperluasĀ kerjasama dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC)...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, hari ini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika mengesahkan perkara itu, berkata polis turut merampas satu unit telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan.

“Kita selesai merakam keterangan beliau dan siasatan masih diteruskan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik),” katanya kepada BH hari ini.

Terdahulu, Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira jam 3 petang tadi bersama tiga peguam iaitu Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha serta kira-kira 30 penyokong.

Proses merakam keterangan selesai kira-kira jam 4.30 petang.


Rafizi ketika ditemui berkata, pihak polis memberi layanan baik dan beliau memberikan kerjasama sepanjang proses itu berjalan.

Pada Selasa lalu, Abd Latiff, dilaporkan membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Laporan polis itu dibuat pegawai khasnya, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, di IPD Dang Wangi.

Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada tarikh 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog dan menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok.

Fitnah Rafizi itu kononnya Abd Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori