Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PDRM Gagalkan Cubaan Serangan...

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan dan ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu...

Suasana Muram Ekonomi, Pasaran...

KUALA LUMPUR - Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera...

Teman Lelaki Direman Kes...

JITRA - Seorang penganggur yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja...

Video: Wanita Selamba Pandu...

SATU video di China menjadi viral apabila seorang wanita didapati dengan selambanya memandu kereta...

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang parti itu perlu melakukan undian semula.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau menegaskan, berita tersebut adalah berita palsu, sambil menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab dan sengaja dikeluarkan atas tujuan provokasi.

“Adalah mustahil saya selaku Pengerusi JPP PKR tidak dimaklumkan terlebih dahulu dari Pejabat Setiausaha Agung jika benar ada surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan hal tersebut.

“Apatah lagi saya sendiri berada dalam Jawatankuasa yang menguruskan tentang beberapa hal yang ditimbulkan kepada ROS berkaitan dengan pemilihan parti baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 53 cabang PKR didakwa bakal berdepan dengan pemilihan semula dalam masa yang terdekat.


Jelas Zaliha, pemilihan PKR sudah selesai sepenuhnya dengan kerja-kerja di lapangan semakin rancak dilaksanakan dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Selepas keputusan rasmi dikeluarkan dan Kongres Nasional PKR berlaku dengan lancar pada pertengahan Julai lepas, rata-rata anggota telah menerimanya dan meneruskan seperti mana kehendak Presiden dan pimpinan.

“Saya memohon supaya anggota PKR bertenang, tidak bertindak dengan sebarang spekulasi dan dinasihatkan untuk hanya menerima berita dari sumber yang sahih,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori