Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Farid: Fathia Tuduh...

TATKALA negara sedang gempar dengan sesuatu isu baharu, masa itulah aktres Fathia Latiff akan...

180 Jam Khidmat Masyarakat...

Melaka - Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah...

Bayi Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah...

2 Maut Termasuk Wanita...

NILAI - Seorang wanita hamil 8 bulan antara dua yang maut dalam kemalangan...

DBKL Rancang Bina ‘Flood Wall’ Atasi Banjir Kilat

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses mendapatkan reka bentuk yang sesuai bagi membina flood wall atau tembok tebatan banjir di lokasi hotspot banjir kilat yang telah dikenal pasti di ibu negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pembinaan flood wall itu bertujuan menggantikan penggunaan guni-guni pasir yang bertindak sebagai langkah sementara bagi menangani masalah banjir kilat di ibu kota.

Flood wall itu perlu direka dengan betul dan teliti supaya dapat menghalang limpahan arus deras ketika hujan lebat sekali gus berfungsi untuk menyekat air (banjir) daripada keluar ke kawasan yang rendah.

“Namun, kita sudah pun melantik kontraktor yang berwibawa untuk membinanya selepas rekaan itu siap tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi Kuala Lumpur Sport, Event and Facilities (KLSPEF) di Dataran DBKL, pada Ahad.

Pada masa sama, Mahadi berkata, pihaknya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi terlibat dengan pengurusan mitigasi banjir akan mengadakan perbincangan lanjut sebagai persediaan menghadapi musim hujan.

“Kita akan bermesyuarat minggu ini bagi membincangkan lebih terperinci langkah-langkah lain yang sesuai untuk diambil berdasarkan data-data terkini daripada JPS sebagai usaha menangani jumlah taburan hujan yang tinggi pada akhir tahun,” katanya.


Sementara itu, Mahadi dalam ucapannya berkata, aplikasi KLSPEF membolehkan warga kota membuat semua urusan tempahan dan pembayaran bagi 63 dewan serbaguna dan kompleks sukan di bawah seliaan DBKL secara dalam talian pada masa yang singkat.

Beliau berkata, DBKL peka terhadap keperluan warga kota dan sentiasa berusaha menyediakan kelengkapan infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi buat mereka.

“Sekiranya sebelum ini, tempahan bagi kemudahan dewan serbaguna dan kompleks sukan di ibu kota dibuat secara manual atau melalui laman web, kini warga kota perlu membuat tempahan hanya di hujung jari menerusi aplikasi KLSPEF.

“Saya percaya aplikasi ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekali gus membantu memenuhi objektif DBKL menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya pintar menjelang 2025,” katanya.

Aplikasi mudah alih ini dibangunkan dalam dua versi iaitu Android dan iOS, kini boleh dimuat turun daripada Playstore dan AppStore.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori