Port Dickson : Sebuah lori tangki diesel terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat berhadapan Engle Ranch Resort, di sini, pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Shaib Md Dah berkata, lori tangki yang terbalik itu membawa diesel sebanyak 49,140 liter.
“Insiden menyebabkan berlakunya tumpahan minyak di jalan raya namun tidak ada mangsa terbabit dalam kemalangan.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, kerja kawalan dan pembersihan kesan tumpahan minyak sedang dilakukan pasukan khas.
“Tugas pembersihan dilakukan anggota Balai Bomba Teluk Kemang dibantu Balai Bomba Seremban 2.
“Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal diingatkan berhati-hati kerana keadaan laluan yang agak licin kesan tumpahan minyak itu,” katanya.
-Harian Metro