Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

15 Mei Dengar Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei ini...

UTC Melaka Penuhi Keperluan...

MELAKA - Hanya dalam masa satu hari pelbagai urusan di Pusat Transformasi Bandar...

Keluarga Bayi Hilang Dihanyut...

KUALA KRAI - Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda banjir lumpur,...

Kehadiran Mahathir Sebagai Tindakan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini sebagai...

Dua Beradik Ditemukan Rentung

Johor Bahru : Dua beradik rentung apabila bilik tidur rumah mereka dekat Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini, terbakar dalam kejadian petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3 dan Nurul Hawa Zafira, 2, ditemui rentung selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd Ridzuan Malek Rivan berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 petang.

“Seramai 14 anggota dari BBP Larkin turut memberikan bantuan.


“Kebakaran membabitkan kemusnahan kira-kira 60 peratus sebuah rumah jenis kekal dan mangsa ditemui rentung di ruangan bilik tidur,” katanya.

Beliau berkata, kerja pemadaman awal dilakukan oleh orang awam menggunakan air paip sebelum pihak bomba berjaya mengawal operasi pada jam 2.20 petang.

Difahamkan, jenazah kedua-dua mangsa kini dibawa pihak polis ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan selanjutnya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori